Ahad, 19 Disember 2010

Taklimat Peserta Treasure Hunt (17.12.2010)

Pukul 9 pagi terus jumpa Pn Nadia untuk pendaftaran peserta dan dimaklumkan tentang taklimat program pada 9.30 pagi di Auditorium Tingkat 1, Zetro.

Treasure Hunt kali ini adalah urusetia yang berlainan dengan urusetia yang lepas2. katanya kali ni bukan hanya menjawab soalan tapi lebih berbentuk amazing race dan banyak syarat plak tu. macam mana la agaknya kan.

Di auditorium ramai plak yang jadi peserta. adalah dalam 25 biji kereta yang bertanding.

Taklimat pertama sekadar taklimat keselamatan jalan raya daripada JKJR.

lepas tu baru la taklimat yang peserta-peserta tunggu. antaranya :
  • Semasa program hendaklah pakai baju tshirt treasure hunt dan ditampalkan stiker pada kereta.
  • Pendaftaran peserta pada pukul 7.30 pagi di tempat letak kereta dan acara bermula pada 8.30 pagi.
  • Barang-barang yang perlu dibawa adalah pensil, pemadam, cermin mata hitam dan tuala kecil. Jika salah satu barang tak bawa di kira batal penyertaan.
  • Hendaklah abiskan tugasan sebelum pukul 3.00 petang. (Sempat sampai ke ni???)
  • Urusetia berhak meminda apa-apa syarat dan membatalkan penyertaan peserta sepanjang pertandingan. (ada ke macam ni???... tak patut... tak patut...)
  • Jalan yang perlu dilalui adalah rahsia dan akan diberikan petunjuk jalan pada hari pertandingan
Lain urusetia lain corak dan cara pertandingannya.

rasa berdebar-debar ni....


Pencarian ahli selama seminggu (13-16.12.2010)

Treasure Hunt akan bermula pada Bulan Disember 2010. Dalam tempoh ke tarikh 18 Disember 2010 iaitu tarikh treasure hunt bermula, pelbagai cara dan usaha telah dilakukan untuk mendapatkan ahli seramai 4 orang. Teringat pengalaman pertama dan kedua pencarian harta karun yang amat menyeronokkan walaupun penat dan tension tapi ianya pengalaman berharga dan seronok bagi kehidupan orang bujang.

2007
first time mengikuti program Treasure Hunt anjuran Urusetia KAKEP ke Telok Cempedak, Pahang bersama Kiah, Yan dan Nor. Masa ni memang tak tau apa-apa macam mana permainannya. main ikut jer. Yuran penyertaan satu kereta RM150.00 dan sebelum bertolak urusetia ada membekalkan kami peta, soalan dan voucher petronas sebanyak RM50.00. ok ler tu walaupun tak menang tapi masa ni setiap pemain mendapat hadiah berupa hamper. syarat penyertaan? tak de. masa sampai ke tempat penamat dalam pukul 6 lebih nak dekat pukul 7.

2008
follow buat kali kedua, masih dalam anjuran Urusetia KAKEP ke Ayer Keroh, Melaka bersama Reen, Yan dan Nor. Dah tau macam mana corak permainan, group kami target mendapatkan tempat pertama. Yuran penyertaan satu kereta masih RM150.00 dan sebelum bertolak urusetia ada membekalkan kami peta, soalan dan voucher petronas sebanyak RM50.00. syarat penyertaan? tak de. sampai ke tempat penamat dalam jam 5 lebih. lepas check in terus keluar p makan. lapor sangat ler tu. alhamdulillah walaupun sebenarnya telah dua kali salah jalan ke tempat penamat tapi masih menjadi pemenang tempat ke lima dan mendapat hadiah wang tunai RM200.00 beserta hamper.

2009
tahun 2009 x de program treasure hunt. may be x de sambutan kot.

2010
akan diadakan anjuran KAKEP gak tapi yang jadi urusetia JLKN. dah lama x ber treasure hunt rasa rugi lak rasanya x dapat join. tapi ahli x de lagi ni. macam mana? :(


+ plan asal ajak reen dan kiah.
+ yan x dapat join sebab hadif baru umur setahun lebih. x leh tinggal lagi.
+ seminggu lagi nak mula program tetiba kiah x dapat join sebab kena keje hari sabtu tu. nak buat macam mana kalu dah kena bertugas.
+ ajak su, memula ok tapi lepas tu su x dapat pegi sebab mak dia nak datang kl. tak kan mak nak datang kl dia x de kat kl plak kan... kan... kan...
+ ajak siti, siti plak keta baru accident nak kena repair.......

try ajak member opis plak, usaha.... usaha... usaha...

+ ajak kak eda, dia kena jadi urusetia treasure hunt tak leh join
+ ajak nadia, dia boleh join tapi x bleh lari. macam mana ni? tapi ahad tu dia ada event kena buat kerja hari treasure hunt tu nanti.
+ nak ajak wawa, anak dia pun baru setahun
+ ajak marja, dia kena tolong ayah meniaga plak
+ ajak ayu, dia kena jadi urusetia pameran di Kuala Kubu Bharu

ajak member opis semua x nak bersebab dan memang tak mahu.
Urusetia dah sibuk tanya mana wakil korporat ni???
hu hu memang haru.....

sakit kepala memikirkannya.

bagi tau reen kita main 2 orang je la. he he. tapi reen x mahu dia kata rugi sebab kena bayar mahal. pulak???? Esok dah jumaat ni. kalu x cukup 4 orang x dapat pegi la jawabnyer ni.

malam tu try cari kat ym plak. di samping tu try tanya ngan member masa kenal p hatyai. Orang MinDef gak....

dapat YM dengan sara (penah keje JLKN) dia berminat tapi ajak la aimi sama baru dia nak pegi. tanya aimi (penah keje JLKN gak) dia pun berminat tapi ada sedara majlis kahwin. kena tanya ayah dulu.

sabar... sabar...

Dalam tempoh menunggu dapat msg ngan ila. ila kata plan nak blik terengganu ngan liza. lepas tanya2 alhamdulillah dia orang sanggup x balik terengganu sebab nak join treasure hunt. he... he... akhirnya dapat gak cari orang. Ya Allah aku bersyukur kepada Mu. so sms aimi bagi tau dah dapat orang. sory ya.....

1 keta RM 150.00 bahagi 4 orang so sorang kena bayar RM37.50

Ahli-ahli yang pergi

Reen, Ina, Liza & Ila


Selasa, 2 Disember 2008

Bukit Tinggi, Pahang (29.11.2008)

Bila aku kata nak pegi ke Bukit Tinggi minggu ni kat kawan-kawan aku. Pelbagai jawapan yang aku terima daripada mereka, agak menarik juga bunyinya. antara soalan yang menarik perhatian aku, korang boleh baca kat bawah ni.

kAwAn 1
aku : Minggu ni aku nak g Bkt Tinggi
kawan : Apa jauhnya akak nak g sana?
aku : Jalan-jalan la. jauh apanya? satu jam aje dari sini.
kawan : Jauh la kak, kat Perak sana.
aku : La... aku g Bkt Tinggi, Pahang la.
kawan : Iya ke kak, la saya tak tau pun ada Bkt Tinggi kat Pahang. Kat mana tu?
aku : Dekat jalan nak g Genting

kAwAn 2
aku : Minggu ni aku nak g Bkt Tinggi
kawan : Akak nak g sana, ada apa kat sana kak?
aku : Ntah la. aku pun tak tau apa nama tempat dia. aku penah pegi dulu,
tempat tu cantik dan sejuk cam cameron highland.

akhirnya aku pergi juga bersama yan dan nor. Budget sorang dalam RM50.00 jer dari rumah nak sana. he he. Bukit Tinggi yang aku maksudnya adalah Colmar Tropica, Bukit Tinggi, Pahang. Sejam perjalanan dari Kuala Lumpur. Ianya terbahagi kepada 4 tempat.


Colmar Tropica
Rasanya macam kat oversea plak bila sampai kat sini. Suasana english dan sejuk (ialah tempat kat atas bukit mana tak sejuk). Makanan dan penginapan kat sini boleh tahan mahal. setakat nak jalan-jalan saja boleh la macam kitaorang ni.




Taman Arnab
kat taman ni pengunjung di beri peluang memberi binatang peliharaan makan. Makanan bagi keldai dan kuda telah disediakan. Tinggal kita bagi makan saja. Tapi bagi makanan arnab pula pengunjung kena beli di kedai yang berdekatan.




Taman Botanical




Taman Jepun
Di taman Jepun ini lebih kepada suasana dan kebudayaan jepun. di sini pengunjung di beri peluang mencuba baju kebudayaan mereka dan 'minum teh'. tapi biasa la semuanya kena bayar. aku, yan dan nor mengambil keputusan mencuba pakaian mereka dengan sewa RM20.00 sepasang. Lepas tu apa lagi, bergambar sakan la kami. Tak rugi mencuba.













Kuala Lumpur (8.11.2008)




Hari ini selamat tinggal labuan. Lepas check out, pulangkan kereta baru teringgat mana nak cari cenderahati. semalam round-round labuan x jumpa pun? hari ini tengok kat jeti pun x de. Masa ambil teksi untuk p airport tanya kat pemandu kat mana nak cari cenderahati. Dan dia pun bawak la kat bazar labuan x jauh dari situ. patut la x jumpa tersorok kat hujung pulau rupanya. sempat la berhenti beli barang kenangan. he he




Lepas p bazar terus p airport.


Bye bye Labuan. mungkihkah akan sampai lagi di sini???

Labuan (7.11.2008)

sampai di labuan hari dah petang. sempat uruskan kereta pastu cari hotel. hari ini maybe ramai yang ke labuan jadi hotel banyak yang dah penuh. Cari-cari akhirnya dapat la victoria hotel dan harganya berpatutan. cari maps dan esok kita round satu pulau Labuan.




Kampung Air
Tempat ni dinamakan kampung air kerana rumah-rumah di perkampungan ini dibina di atas air. Perkampungan air ni memang bersih dan cantik. Jangan lupa singgah di sini nanti.


semua tanaman di tanam dalam pasu. sampai pokok ciku dan limau bali pun di tanam dalam pasu. tapi pasu yang lebih besar la ya.



Taman Damai Labuan
Taman Damai Labuan ini telah dibina untuk memperingati mereka yang telah terkorban di Pulau Borneo dan di kawasan perairannya semasa Perang Dunia ke-2. Di samping itu, Taman ini juga adalah sebagai mandoakan wujudnya kedamaian di dunia ini dengan harapan agar Taman ini akan menjadi tanda rasa persahabatan dan muhibbah antara kedua-dua negara iaitu Malaysia dan Jepun.

Pembinaan taman ini telah dapat disempurnakan dengan kerjasama daripada Kerajaan Malaysia, Kerajaan Negeri Sabah, Majlis Perbandaran Labuan dan juga Kerajaan Jepun. Pembinaan taman ini juga telah terlaksana dengan adanya sumbangan yang besar oleh Japan Shipbuilding Industry Foundation (yang dipengerusikan oleh Encik Ryolohi Sasagawa) dan juga sokongan daripada keluarga-keluarga mereka yang telah terkorban, rakan-rakan seperjuangan mereka dan juga daripada firma-firma perindustrian.

Tarikh : 14 April 1984







Di Persisiran Pantai.
Kak In dah lupa apa nama pantai ni tapi apa yang penting cantik dan bersih. sesuai seisi keluarga petang-petang beristirehat di sini.





Depan pantai ni ada sebuah rumah besar dan cantik wana putih. pintu pagarnya saja dah menunjukkan kekayaan penghuni rumah tersebut. pekerjanya pun ramai. masa ni hati tertanya rumah sapa ya..... macam rumah anak raja.




Taman Burung Labuan







Burung ni boleh bercakap. tapi maaf video tak boleh dimuat turun. tengok gambar je la.







Muzium Marin







Taman Botanikal
Taman ni sesuai untuk keluarga beriadah aktiviti petang. sesuai juga untuk pelajar-pelajar mentelaah pelajaran.








Masjid Labuan



Muzium Labuan
Muzium ni kecik jer tengok dari jauh, macam klinik kesihatan pun ada. memang keliru gak la nak sampai kat sini. Muzium ini banyak menceritakan sejarah dan perjanjian Labuan.







Dataran Labuan


Inilah peta labuan


Dah penat pusing pulau labuan hari pun dah nak malam. sebelum balik bilik makan-makan dulu kat tepi pantai.